Tuesday, November 23, 2010
Lelaki oh lelaki
aku x faham la berkenaan orang lelaki nie. Bukan apa, kadang-kadang bila mereka sunyi mula la hadir dan bila mereka ada 'awek' lain mula pulak menghilang. Selama aku mengenali hati lelaki ini aku rasa aku lebih mengenali lelaki. Lelaki A yang aku kenali adalah 'cinta monyet ku'. Masa aku kenal dengannya masing-masing masih muda dan kami sama-sama mengejar cita-cita untuk berjaya dalam hidup. Dia sangat baik, hensom, berkulit cerah dan pendiam. Disebabkan kami masing-masing masih bersekolah ketika itu aku menidakkan kehadirannya dan akhirnya kami memutuskan untuk menjadi kawan baik selamanya. Sehingga ke hari ini kami masih lagi berhubung. Lelaki B pula adalah 'Cinta pertama aku. Aku berkawan dengannya selama hampir 6 tahun iaitu dari tingkatan 4 lagi tetapi setelah dia mula bekerja di ibu negara perangainya mula berubah. Dia semakin liar bermain perempuan. Pada awal perhubungan kami, aku mendapat tentangan dari keluarga aku walaupun sikapnya panas baran, kedekut, cemburu buta tetapi sikap romantiknya telah menengelamkan sikapnya yang buruk itu dan aku hanya memandang yang baik dan hanya bersabar dengan sikapnya itu. Aku mula tidak tahan bila dia selalu meminta wang dariku, mulanya disebabkan sayang aku turutkan segalanya akhirnya aku yang meminta agar perhubungan ini diakhiri kerana aku tidak tahan dengan perangainya yang suka meminta wang dariku. Kebanyakkan kawan-kawan aku menyalahkan aku kerana bagi mereka aku yang tidak setia dalam berkasih padahal aku amat setia dan hanya menurut sehingga maruahku, kepecayaan dan harapanku dipijak. Akhirnya aku sendiri yang melepaskan dia walaupun dia tidak mahu melepaskan aku mungkin untuk kepentingannya sahaja bukan sebab sayangkan aku lagi. Lelaki C yang aku kenali pula berkulit putih, berpendidikan tinggi, dan berkerjaya tetapi dia mengunakan kehensemanya untuk memikat ramai gadis-gadis yang berdahi lincin termasuklah aku dan kawan baiku, tetapi disebabkan pengalaman lepas yang mengajar aku sekarang aku lebih berhati-hati. Aku amat kesian terhadap kwan baik aku yang telah jatuh hati dengan ayat bunga-bunga lelaki ini. Aku dengan kawan baikku yang seorang lagi berpakat untuk buktikan kepada kawanku ini tetang lelaki ini. Disebabkan kami bertiga jadi persahabatan antara kami amat kuat. Lelaki D, bagi ku sangat bertanggungjawab, berkulit hitam manis dan hanya bekerja sawah. Setakat ini aku masih mengenali hati budinya. insyaallah aku hanya mendoakan agar dia adalah jodohku yang telah ditentukan oleh allah kepadaku. walaubagaimanapun, nasihatku berhati-hatilah dengan lelaki yang baru anda kenali..
Subscribe to:
Comments (Atom)