Sunday, July 11, 2010

Berbunga kembali

Suatu ketika waktu zaman kecil-kecil,
Kita selalu berpandangan,
Walau jauh cukup bermakna,
Dalam permulaan perhubungan,
akhirnya,
Kita dipertemukan dalam satu peristiwa,
Bermulalah lembaran perkenalan kita,
Berutus surat si teruna kepada si dara,

Ku tidak tahu,
Dimanakah silapnya,
atau…
Memang keinginanku kurang,
Menyebabkan ianya putus ditengah jalan,

Ku memandangmu dank au memandangku,
Bagai lembaran kosong tiada erti,
Kita membawa haluan masing-masing,
Sehinggalah…
Aku bertemu dan menerima lamaran kekasih,
Dari insan lain,
Selama 7 tahun kau menghilang,
Tiada khabar berita,
Tapi akhirnya…
Kau mencariku semula,

Semasa hubunganku agak rapuh dengannya,
Kau hadir menenagkan diriku,
Membajakan hatiku dengan pujukanmu,
Mendamaikan hatiku dengan kata-katamu,
Ku bahagaia,
Ku gembira.

No comments:

Post a Comment